Kamis, 20 Desember 2012
dang dang tess nyo lagi hati gelisah
1) Jangan sekali-kali kita
meremehkan sesuatu
perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman. 2) Dunia ini umpama
lautan yg luas. Kita adalah
kapal yg belayar di lautan
telah ramai kapal karam
didalamnya.. andai muatan
kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya
kita akan selamat dari
tersesat di lautan hidup ini. 3) Hidup tak selalunya
indah tapi yang indah itu
tetap hidup dalam
kenangan. 4) Setiap yang kita
lakukan biarlah jujur
kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah
kehidupan. Tanpa
kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang. 5) Hati yg terluka umpama
besi bengkok walau
diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya. 6) Dalam kerendahan hati
ada ketinggian budi. Dalam
kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam
kesempitan hidup ada
kekuasaan ilmu. 7) Ikhlaslah menjadi diri
sendiri agar hidup penuh
dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa
pegangan ibarat buih-buih
sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. 8) Kegagalan dalam
kemuliaan lebih baik
daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit
dengan ikhlas pula lebih
mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan
riak. 9) Tidak ada insan suci
yang tidak mempunyai
masa lampau dan tidak
ada insan yang berdosa
yang tidak mempunyai
masa depan. 10) Kata-kata yang lembut
dapat melembutkan hati
yang lebih keras dari
batu.Tetapi kata-kata
yang kasar dapat
mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. 11) Lidah yang panjangnya
tiga inci boleh membunuh
manusia yang tingginya
enam kaki. 12) Agama tidak pernah
mengecewakan manusia.
Tetapi manusia yang
selalu mengecewakan
agama. 13) Nafsu mengatakan
perempuan itu cantik atas
dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan
itu cantik atas dasar ilmu
dan kepintarannya. Dan hati mengatakan
perempuan itu cantik atas
dasar akhlaknya. 14) Keikhlasan itu umpama
seekor semut hitam di atas
batu yang hitam di malam
yang amat kelam. Ianya
wujud tapi amat sukar
dilihat. 15) Hidup memerlukan
pengorbananan.
Pengorbanan memerlukan
perjuangan. Perjuangan
memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula
menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan
menentukan kebahagiaan. 16) Seseorang yang bijak
melahirkan kata-kata
selalunya disanjung
sehingga ia mula bercakap
kosong 17) Harta akan habis
digunakan tanpa ilmu
tetapi sebaliknya ilmu
akan berkembang jika
ianya digunakan. 18) Kekayaan bukanlah
satu dosa dan kecantikan
bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki
kedua-duanya janganlah
anda lupa pada Yang Maha Berkuasa. 19) Sahabat yang tidak
jujur ibarat dapur yang
berhampiran. Jikalau pun
kamu tidak terkena
jelaganya sudah pasti akan
terkena asapnya. 20) Mengapa manusia
gemar mencetuskan
pertelingkahan sedangkan
manusia itu sendiri
dilahirkan dari sebuah
kemesraan.
Langganan:
Komentar (Atom)